PIAGAM PELANGGAN
Bahawa sekolah ini sentiasa bersedia untuk memberi pendidikan dan perkhidmatan yang bermutu demi memenuhi matlamat pendidikan Negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan manusia yang seimbang :
- Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh kemesraan.
- Berusaha meningkatkan ilmu untuk memajukan anak didik.
- Sentiasa mematuhi dan menyempurnakan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh PPD,JPN dan Kementerian Pelajaran dari masa ke semasa.
- Menjadikan kecemerlangan sebagai budaya kami dan peningkatan kualiti sebagai proses yang berterusan.
- Mewujudkan budaya permuafakatan di kalangan staf bagi menyelesaikan permasalahan di sekolah kami.
- Menguruskan pendaftaran dan penempatan murid-murid dengan segera dan sesuai dengan minat dan kebolehan.
- Menjamin suasana pembelajaran yang mesra, adil, selamat dan sejahtera.
- Mengurus kewangan dan akaun sekolah dengan betul.
- Menjamin pembahagian tugas guru-guru dengan adil, layanan dan hubungan mesra serta bersedia berunding menyelesaikan masalah pada bila-bila masa.
- Menjamin layanan mesra dan segera kepada ibu bapa/ penjaga/ PIBG untuk berbincang bagi mengatasi masalah pendidikan anak-anak.
- Melaporkan segala salah laku murid secara bertulis kepada ibu bapa/ penjaga dengan segera serta mencari penyelesaian.
- Bersediakan menghulurkan kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam hal-hal kemajuan pendidikan dan bidang-bidang tertentu.
Post a Comment