Pada 24 April 2011, SKPH telah mengadakan majlis penutupan bulan anti dadah & penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis bermula jam 8.00 pagi di Dewan Gemilang. Program bulan anti dadah SKPH telah bermula pada 3 April & akhirnya akan melabuhkan tirai.
Sepanjang bulan anti dadah, pelbagai pertandingan telah diadakan. Antaranya:
- Mewarna Pra Sekolah & Tahap 1
- Melukis Poster Tahap 2
- Mencari perkataan tersembunyi Thn 2
- Menyusun Jingsawa Puzzle Poster Dadah thn 3
- Kuiz Thn 4
- Mengarang Esei Thn 6
- Teka Silang Kata (terbuka)
- Pertandingan Sajak (terbuka)
Ucapan Perasmian Penutup oleh Ybrs. Tuan Guru Besar, En. Wan Mat Rani Wan Ismail
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Syabas & Tahniah !!!
Pihak PPDa SKPH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru & warga SKPH yang telah membantu menjayakan program ini selama ia berlangsung samada secara langsung atau tidak langsung. I.ALLAH semoga bertemu lagi kita di tahun hadapan.
semoga semua murid skph dilindungi oleh Allah swt daripada terjebak dengan najis dadah pemusnah masyarakat ......
ReplyDelete